Wednesday, March 30, 2011

KUIH MUIH TRADISIONAL

Kami menjual berbagai-bagai jenis kuih muih tradisional..anda semua yang berminat boleh menghubungi kami


HARGA KUIH SEPIT 100 KEPING - RM20 (TIDAK TERMASUK KOS PENGANGKUTAN LUAR PJ)



HARGA BATANG BURUK - RM25 (TIDAK TERMASUK KOS PENGANGKUTAN LUAR PJ)



HARGA TART NENAS - 100 KEPING - RM56

Monday, March 28, 2011

BERBAGAI-BAGAI JENIS KEKH


HARGA KEK BANTAL DARI RM750 - RM1500 (tidak termasuk kos penghantaran)



HARGA KEK BERBENTUK CHEQUE INI ADALAH DARI RM650 - RM1200




HARGA KEK KUKUS ADALAH RM100




HARGA KEK LAPIS BEREMPAH 1 KG - RM150

Sunday, March 20, 2011

BAHULU CERMAI BIASA DAN CERMAI COKLAT

Pada anda yang ingin membuat tempahan untuk majlis perkahwinan, majlis cukur jambul dan majlis apa pun anda boleh menghubungi pihak kami insyaAllah kami akan memberi layanan yang terbaik pada pelanggan-pelanggan kami



Friday, February 25, 2011

PETUA BUAH KELAPA PARUT

Assalamualaikum,selamat pagi dan salam sejatera

Petua untuk menghilangkan kesan jerawat
Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1 jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air sejuk.


Monday, February 21, 2011

KHASIAT DAUN SIREH

Dari turun temurun arwah ibu dan nenek saya kami menggunakan sireh untuk kecantiakn badan seorang perempuan. Saya yang menggunakan hingga sekarang ini alhamdulillah jawapan sungguh memberangsangkan. Ia akan membuatkan suami kita sayang pada kita.

Thursday, February 17, 2011

DAGING DENDENG BERLADO

Bahan-Bahan:

1 kg daging lembu
7 ulas bawang merah (hiris)
10 ulas bawang putih (hiris)
3 helai daun limau purut
2 helai daun salam
2 biji tomato (hiris nipis)
Sedikit air asam jawa
20 tangkai cili merah (tumbuk kasar)
Minyak masak
Garam dan gula secukupnya
2 batang serai (ketuk)

Cara Menyediakan:

1. Rebus daging lembu sampai empuk. Biar sejuk kemudian potong nipis.
2. Selepas itu masukkan daging ke dalam kuali dan direbus bersama-sama dua cawan air, bawang putih, bawang merah, serai, daun limau, daun salam, air asam jawa, gula dan garam.
3. Kemudian angkat daging dan tumbuk hingga nipis.
4. Kemudian goreng daging hingga garing dan ketepikan.
5. Panaskan minyak masak, kemudian tumis cili merah dan tomato hingga garing.
6. Kemudian masukkan daging dan gaul hingga rata bersama sambalnya dan masukkan garam dan gula.


Tuesday, February 15, 2011

DAGING MASAK MERAH

DAGING MASAK MERAH
Sumber: MD

Bahan-bahannya:
1/2 kilo daging dipotong nipis n direbus dengan pewarna merah sehingga lembut
1 biji bawang besar dimayang
1 biji cili capsicum hijau (optional)
1 cm halia
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 batang serai dititik
garam secukup rasa
* sos cili, sos tomato dan sos tiram kalau nak lebihkan pun boleh ikut citarasa anda.

Cara membuat:
Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
Masukkan sos cili, sos tomato, serai dan sos tiram. Kalau kering letak air sikit. Kalau suka berkuah boleh lebihkan airnya. Tapi jangan terlalu banyak.
Masukkan garam, serbuk perasa kalau suka dan akhir sekali masukkan daging yang telah direbus tadi.
Setelah sebati masukkan pula bawang besar yang telah dihiris, sesuaikan rasanya, angkat dan hidangkan.

Sunday, February 6, 2011

KUIH CARA MANIS

KUIH CARA MANIS
(Sumber : myresepi.com)

Bahan:
100gm tepung gandum
200ml santan sederhana pekat/susu segar
1 sudu besar jus pandan (mklang guna pandan paste)
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
beberapa titik pewarna hijau
gula sebagai inti

Cara-cara:
1.Campurkan tepung, santan, telur dan garam. Kacau rata. Kemudian masukkan jus pandan dan pewarna hijau sedikit. Jika terlalu berketul, tapis atau nak mudah masuk dlm blender aje.

2.Panaskan acuan, lengser ngan minyak setiap lubang acuan. Masukkan adunan tepung, biar sekejap, masukkan 1/2 sudu teh gula di atas setiap satu kuih dan tutup acuan dengan penutup periuk, biarkan sebentar

3.Pastikan api kecil supaya kuih tidak hangus, sbb kuih ni cepat masak, dalam 1-2 minit aje..

DALCA TETEL DAGING

Dalca Tetel Daging
------------------

Bahan-bahannya
------------------
350 gm tetel daging
2 batang lobak merah
1 batang terung panjang yang besar
3 biji ubi kentang
2 biji tomato
100 gm kacang panjang
2 cawan kacang dal
8 sudu besar rempah kari daging
1 biji kelapa (dijadikan 2 cawan santan pekat dahulu dan 3 cawan santan cair)
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
air asam secukupnya
setangkai daun kari
garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 cm halia

Cara-cara memasak
--------------------
1 rebus terdahulu tetel daging sehingg empuk
2 panaskan minyak diperiuk yang berasingan tumis bahan2 yang dikisar tadi bersama
kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga sehingga naik bau
3 masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air tumis bersama daun kari
sehingga garing dan naik minyak
4 masukkan kacang dal dan tetel yg direbus.air rebusan tetel boleh dimasukkan kedalam
berserta dgn santan cair dahulu kemudian kacang dal baru agak2 dal separuh empuk
5 masukkan lobak merah dan juga kentang
6 bila kentang dan lobak sudah empuk masukkan santan pekat agar kuah tidak terlalu cair
bersama sedikit air perahan asam jawa
7 masukkan kacang panjang dan terung pula
8 masukkan garam secukup rasa setelah ianya mendidih
9 akhir sekali masukkan tomato yg telah dibelah2

Nota: tetel dan kacang dal juga boleh direbus terlebih dahulul, jika air telah surut boleh ditambah dan masak sehingga daging empuk. Boleh juga anda gantikan tetel kepada daging rusuk dan daging.

resepi asal dari blog diana tapi saya tukarkan tulang rusuk kepada tetel dan juga kacang buncis
kepada kacang panjang dan menambah daun kari kedalam masakan ini....


selamat mecuba dan menjamu selera....................

PROSES PEMBUATAN AIR SOYA

Friday, February 4, 2011

MAKAREL MASAK ASAM PEDAS

Asam Podas Makarel Berlada hitam

Bahan A
Ikan bersihkan
daun kesum
asam jawa
cili giling/boh
air asam jawa
air secukupnya
garam
bahan perasa *kalau x nak ganti gula perang
minyak utk menumis

BAHAN B (KISAR)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit lada hitam
setengah inci halia
setengah inci belacan *aku x letak, masalah resdung menjadi2 pulak lately...

CARA:
tumis bahan kisar hingga harum..masukkan cili boh tumis hingga pecah minyak
masukkan air, asam jawa, daun kesum & ikan
renih hingga mendidih..masukkan bahan perasa & garam..
nk sedap, korang masukkan air tu, betul2 paras ikan je..jgn byk2 air..kang tak sedap...air sikit, lagi enak rasanya...


PULUT BERSAMA IKAN MASIN

Salam.... pagi ahad nan indah ini, bangun2 tido je terasa lapar....teringat pulak sajian nun d kampung halaman...seringkasnya, saya menyediakan Pulut Gaul Nyiur kegemaran orang2 pantai timur....jikalau orang selatan mkn pulut dengan sambal, tetapi org pantai timur...nahhhh...dipadankan dgn nyiur (kelapa parut)...dulu2 ketika kecil, kurang gemar...bila dah nk jadi bini org ni barula tekak ini sangat sukakan menu ini..apa yang paling saya suka, SENANG dan RINGKAS penyediaannya...kebetulan pula adik Nor datang, bersama anak sepupu Pija.....mereka semua pun suka...anda nak tahu ape itu pulut gaul nyiur???? ianya adalah pulut yang ditanak, kelapa yang diparut & ikan kering..senang kan... layannnnnn pic ini...

Pandangan dari atas...anda boleh memilih ikan kering @ masin kesukaan anda..



saya suka pic ini, nampak jelas pulut, nyiur dan ikan..

azat.... membangkitkan selera dek ikan kering itu..


seperti blogger lain, saya ingin berkongsi resipi ..

1) Pulut - tanak
2) Nyiur parut - campurkan dengan sedikit gula & garam..gaul..sesuaikan rasa..jgn terlebih
masin.
3) Ikan kering...sori, ikan itu saya xtahu nama ape..xkisah ikan pe pun, janji suka.

Thursday, February 3, 2011

BEGEDEL

Bahan Bahan:
1) 1.5 kg kentang. Kalau ada budget beli yang USA punya yg besar
2) Isi ayam dipotong halus 300gram. Suka lebih boleh letak lebih
3) Serbuk pati ayam knorr 2 sudu kecil
4) Daun Sup bernilai 20sen dipotong pendek
5) Garam 1 sudu besar, secukup rasa.

Mari Mulakan

1) Kentang dibasuh, potong 2 dan direbus hingga empuk

2) Setelah empuk, toskan kentang menggunakan penapis

PENTING: JGN BIAR DALAM PERIUK BERISI AIR BILA DAH EMPUK, KALAU TIDAK UBI AKAN SERAP AIR DAN KENTANG AKAN JADI LEMBIK DAN TAK BOLEH DIBENTUK

3) Setelah agak sejuk, buang kulit dan lecek


4) Panaskan kuali, letakkan sedikit air, masukkan ayam, serbuk pati ayam dan garam. Tak perlu letakkan minyak,



5) Kacau sehingga kering (tapi janganlah sampai hangit)


PENTING: KALAU CAIR, IA AKAN JADIKAN DOH CAIR DAN SUSAH DIBENTUK

6) Masukkan adunan ayam tadi beserta daun sup kedalam kentang yang telah dilenyek


7) Kacau adunan sehingga rata dan sebati. Biar rasa garam dan ayam tersebar secara sekata. Kalau tak mungkin ada bahagian yang tawar dan ada bahagian terlebih masin



8) Bentukkan bulatan dengan tangan anda. Macam gambar kat bawah



9) Nice, buat sampai habis. Dan biarkan utk 1 jam -2 jam



PENTING: DIBIARKAN 1 - 2 JAM UNTUK PERMUKAAN LUAR KERING, UNTUK MENGELAKKAN PECAH KETIKA MENGGORENG

10) Masa untuk menggoreng. Pecahkan telusr. Kacau sebati, balik balikkan begedil dan goreng

11) Goreng dgn minyak sedikit, cukup untuk meggoreng 3 - 4 biji begedil dalam satu masa.

PENTING: GORENG DGN MINYAK SEDIKIT MEMUDAHKAN GORENGAN DAN KAWALAN DARIPADA BEGEDIL PECAH. LAGIPUN MINYAK MUDAH KOTOR BILA MENGGORENG TELUR DAN TERDAPAT KENTANG YANG PECAH

12) Mari menjamu selera



Sekian, SELAMAT MENCUBA

Wednesday, February 2, 2011

SUP EKOR

Bahan A
1 kg daging/lidah/ekor kambing/lembu
4 helai daun pandan
(daging direbus + daun pandan)

Bahan B
4 sudu makan rempah sop

30gm lada padi
100gm bawang kecik
30gm bawang putih
50g halia
( dikisar halus)

2 batang kayu manis
garam secukup rasa
gula sedikit

3 sudu tepung dhal dicampur sedikit air (bahan pemekat)

Bahan untuk taburan:
daun sop+ daun bawang
bawang goreng

Cara-caranya:
1. Tumis bahan kisar + rempah sop hingga garing..
2. Masuk kan ke dalam periuk rebusan daging tadi.
3. Jika semua dah ok.. baru masuk kan tepung dhal..
4. Harus kacau selalu.. jika tidak tepung jadi bergentel.
5. Kalau nak lagi pedas-masa dihidang a dash of pepper…

Monday, January 31, 2011

RENDANG TOK

Tengahari ini bonda tak tahu nak masak apa untuk dihidangkan untuk si teruna tersayang ni. Bila diselongkar perti sejuk rupanya ada lagi daging yang dibeli 2 hari lepas dan bila ditanya pada anak teruna ini "adik nak makan apa dik"? Pantas dia menjawab " ibu masak rendang tok, nanti adik dekat sekolah tak dapat makan". Kesian bonda lihat anak teruna bungsu Bonda takut kempunan, bonda pun tak sampai hati p ke market dan membelikan keperluan untuk memasak "RENDANG TOK". Jom kita sama-sama berkongsi resepi


Bahan kisar:

200g bawang merah (10-15 ulas)
satu labu bawang putih (8-10 ulas)
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
6 batang serai (ambil 4 inci dari pangkal)
(hiriskan semua bahan dan kisar)

Bahan-bahan utama dan rencah:

1-2kg daging lembu di hiris setebal 1x2 inci (lebih kurang)
150g Rempah rendang tok
[Beli rempah dari gerai no.1 di Pasar Kuala Kangsar, minta rempah untuk sekilo harganya RM2.50]
3-4 liter santan (3 biji kelapa)
3 sudu kerisik (dari 1/2 biji kelapa)
100g gula kabung (anggaran)
2-3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
5-7 kuntum bunga cengkih
Garam secukup rasa (2 sudu)

Cara membuatnya:

1. Rebus/panaskan semua bahan kecuali kerisik. Guna api sederhana dan masukkan santan sepenuh kuali. Bila bahan mengering dan menyusut, masukkan santan lagi sehingga habis semua santan. Kacau dan gaulkan bahan sentiasa supaya tak lekat di kuali. Proses ini makan masa lebih kurang 3 jam.
2. Renehkan sehingga daging lembut.Sebelum bahan kering, masukkan kerisik. Gaulkan dan balikkan sehingga bahan2 agak kering dan keluar minyak. Tutup api. Rendang sudah boleh dimakan.
3. Ulang panaskan daging setengah jam atau lebih setiap hari selama 2 hari lagi. Selepas proses ini rendang akan tahan lama sehingga sebulan jika dipanaskan pagi dan petang.Rendang ini boleh dikeringkan menjadi serunding daging.

selamat mencuba.
Nota: Guna gula kabung atau gula melaka bukan gula pasir. Gula kabung ini akan menyebabkan rasa rendang lebih bagus dan lebih tahan lama.

KUIH PAU

Akak ni dah lama teringin nak makan kuih Pau. Hari tu pergi Jusco belilah Pau. Mak oi, mahalnya Rm2.00 seketul. Akak ni fobia nak buat pau sebabnya selalu tak menjadi. Sebelum kukus nampak ok naiknya tapi setelah dikukus,jadi kecut dan berkedut-kedut kulitnya. Tak tahulah apa sebabnya. Mungkin pakai tepung gandum , tak cukup uli atau tak letak serbuk penaik agaknya. Dipendekkan cerita, akak pun ronda-ronda dalam internet dan terjumpalah satu resipi pau yang agak berlainan sedikit resepinya dari biasa. Jadi akak cubalah resipi tu dan alhamdulillah, menjadi. Baru kali inilah resipi pau ku menjadi lembut dan kenyal. Anak-anak semua puji pau ni sedap. Intinya akak letak inti kaya (beli siap) dan inti kacang merah (buat sendiri). 2 hari makan pau ni, siap bawak bekal pergi kerja lagi. Istimewanya pau ni boleh dipanaskan semula bila dah sejuk. Ia akan lembut semula.

Antara petua-petua membuat pau ini ialah :
1. Gunakan tepung pau kerana lebih putih .Pau akan jadi lembut dan kenyal.
2. Setelah diadun menjadi doh hendaklah diuli dengan tangan selama 15 minit hingga doh lembut. Jika guna mesin lebih baik.
3. Rehatkan doh selama lebihkurang 45 minit agar ia naik 3 x ganda.
4. Tumbuk doh bagi keluarkan angin dan boleh dicanai.
5. Setelah diisikan inti, rehatkan lagi doh 20 minit hingga ia naik 2 x ganda.
6. Air hendaklah mendidih baru masukkan pau.
7. Boleh gunakan pengukus aluminium atau pengukus buluh.
8. Pau yang telah dibentuk disusun dalam dulang kecil yang muat dimasukkan dalam pengukus.
9. Lapik penutup kukus dengan kain nipis agar air tak menitik.
10. Kukus pau selama 15 minit dengan api besar.
11. Simpan pau yang telah sejuk dalam bekas bertutup agar tidak kering.
12. Pau yang telah sejuk boleh dikukus semula dan menjadi lembut semula.

NASI LEMAK KUKUS

Bahan-bahan
3 cawan beras wangi
1 cawan santan pekat dibubuh garam
2 helai daun pandan
1 labu bawang besar dihiris
1/4 ini ci halia dihiris (jika suka untuk menaikkan aroma)
sedikit halba (jika suka)

Nasi dikukus beralaskan daun pisang untuk membangkitkan lagi aroma

Cara Masak
1. Beras dibasuh terlebih dahulu sebelum direndam 8 hingga 10 jam. Kemudian ditos.
2. Taburkan bawang, halia halba dan daun pandan pada beras.
3. Kukus beras selama 30 – 40 minit.
4. Setelah beras masak menjadi nasi (agak keras sedikit), gaulkan dengan santan rata-rata ketika nasi masih panas (teknik arung).
5. Kukus semula anggaran 20-30 minit. (Jika nasi agak keras sedikit renjis-renjiskan air dan kemudian kukus semula).
6. Nasi lemak kukus yang dimasak, agak keras sedikit daripada nasi yang ditanak, berderai dan tekstur berasnya cantik.
Perhatikan nasi yang berderai dan tidak melekat-lekat satu sama lain. Inilah bentuk sebenar nasi lemak kukus.

KUIH BAKAR

Salam untuk semua, dah beberapa hari teragak nak makan kuih bakar. Bukan tak boleh beli, tapi saja je nak buat, lagi pun nak membuatnya bukan lah payah bebeno, kata mamafami sepatah "masuk semua sekali then putaq, peh tu bakar!"..tu dia pakar yang cakap, bukan mat...hehehe. Rasanya dah pernah buat dulu, resipi dari "Jo'....rindu lah nak menjelajah blog dia (laa ni dia dah berehat dari ber"blog").... Rasanya tak manis sangat, kuih dia pun just nice tak keras dan tak terlalu lembut (pastikan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong!!!). Bijan atas dia tu lagi lah menambah keharuman dan ke"lemak"kan kuih bakar....Jomm ramai2 kita semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
3 biji telur gred A
600 ml santan
250 ml jus pandan (kisar 4 -5 helai daun pandan dengan 200 ml air, perah dan tambah air untuk mendapatkan 250 ml)
Sedikit pewarna hijau
1 cawan gula
1/2 camca teh garam
2 camca besar minyak sapi, dicairkan (resipi asal guna mentega)
Bijan secukupnya untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 200C. Lenser tin (4 x 8 x 3) inci dengan mentega, alas dengan aluminiun foil dan lenser juga aluminium foil tadi. Biar berlebih sikit dibahagian kanan dan kiri tin, supaya senang nak keluarkan kuih bila masak nanti. Ketepikan.
Satukan semua bahan2 di atas kecuali bijan, dan kacau dengan whisk hingga larut dan halus atau masukkan dalam blender dan kisar halus. Tapis adunan dan ketepikan.
Panaskan tin dalam ketuhar selamat 5 minit. Berhati2 keluarkan tin dan curah no. 2 ke dalam tin dan bakar kembali. Lepas 10 minit, keluarkan kuih tadi dan tabur bijan rata2.
Sambung membakar selama 40 - 50 minit lagi hingga permukaan kuih keperangan dan sedikit berkerak. Bila masak, longgarkan tepi kek dengan pisau dan biar sejuk sepenuhnya dalam tin. Potong dan hidangkan....
CATATAN MAT GEBU :- Lepas mat bakar dalam 55 minit, permukaan kuih masih kurang perang, walau pun sudah kekuningan. Apa mat buat, ialah tukar api oven kepada fungsi grill dan bakar 10 minit lagi (bagi yang mempunyai oven fungsi grill). Kuih ni kan kalau berkerak lagi sedap..... Selamat mencuba!!!