Monday, January 31, 2011

KUIH PAU

Akak ni dah lama teringin nak makan kuih Pau. Hari tu pergi Jusco belilah Pau. Mak oi, mahalnya Rm2.00 seketul. Akak ni fobia nak buat pau sebabnya selalu tak menjadi. Sebelum kukus nampak ok naiknya tapi setelah dikukus,jadi kecut dan berkedut-kedut kulitnya. Tak tahulah apa sebabnya. Mungkin pakai tepung gandum , tak cukup uli atau tak letak serbuk penaik agaknya. Dipendekkan cerita, akak pun ronda-ronda dalam internet dan terjumpalah satu resipi pau yang agak berlainan sedikit resepinya dari biasa. Jadi akak cubalah resipi tu dan alhamdulillah, menjadi. Baru kali inilah resipi pau ku menjadi lembut dan kenyal. Anak-anak semua puji pau ni sedap. Intinya akak letak inti kaya (beli siap) dan inti kacang merah (buat sendiri). 2 hari makan pau ni, siap bawak bekal pergi kerja lagi. Istimewanya pau ni boleh dipanaskan semula bila dah sejuk. Ia akan lembut semula.

Antara petua-petua membuat pau ini ialah :
1. Gunakan tepung pau kerana lebih putih .Pau akan jadi lembut dan kenyal.
2. Setelah diadun menjadi doh hendaklah diuli dengan tangan selama 15 minit hingga doh lembut. Jika guna mesin lebih baik.
3. Rehatkan doh selama lebihkurang 45 minit agar ia naik 3 x ganda.
4. Tumbuk doh bagi keluarkan angin dan boleh dicanai.
5. Setelah diisikan inti, rehatkan lagi doh 20 minit hingga ia naik 2 x ganda.
6. Air hendaklah mendidih baru masukkan pau.
7. Boleh gunakan pengukus aluminium atau pengukus buluh.
8. Pau yang telah dibentuk disusun dalam dulang kecil yang muat dimasukkan dalam pengukus.
9. Lapik penutup kukus dengan kain nipis agar air tak menitik.
10. Kukus pau selama 15 minit dengan api besar.
11. Simpan pau yang telah sejuk dalam bekas bertutup agar tidak kering.
12. Pau yang telah sejuk boleh dikukus semula dan menjadi lembut semula.

1 comment:

  1. memang nak cuba sbb ada le pasang niat nak niaga nasi lemak kukus nie tp tak tercapai sbb tak mampu nak g kursus berkaitan! So sekarang boleh le mencuba bila free nanti....mekasih

    ReplyDelete