Monday, January 31, 2011

RENDANG TOK

Tengahari ini bonda tak tahu nak masak apa untuk dihidangkan untuk si teruna tersayang ni. Bila diselongkar perti sejuk rupanya ada lagi daging yang dibeli 2 hari lepas dan bila ditanya pada anak teruna ini "adik nak makan apa dik"? Pantas dia menjawab " ibu masak rendang tok, nanti adik dekat sekolah tak dapat makan". Kesian bonda lihat anak teruna bungsu Bonda takut kempunan, bonda pun tak sampai hati p ke market dan membelikan keperluan untuk memasak "RENDANG TOK". Jom kita sama-sama berkongsi resepi


Bahan kisar:

200g bawang merah (10-15 ulas)
satu labu bawang putih (8-10 ulas)
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
6 batang serai (ambil 4 inci dari pangkal)
(hiriskan semua bahan dan kisar)

Bahan-bahan utama dan rencah:

1-2kg daging lembu di hiris setebal 1x2 inci (lebih kurang)
150g Rempah rendang tok
[Beli rempah dari gerai no.1 di Pasar Kuala Kangsar, minta rempah untuk sekilo harganya RM2.50]
3-4 liter santan (3 biji kelapa)
3 sudu kerisik (dari 1/2 biji kelapa)
100g gula kabung (anggaran)
2-3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
5-7 kuntum bunga cengkih
Garam secukup rasa (2 sudu)

Cara membuatnya:

1. Rebus/panaskan semua bahan kecuali kerisik. Guna api sederhana dan masukkan santan sepenuh kuali. Bila bahan mengering dan menyusut, masukkan santan lagi sehingga habis semua santan. Kacau dan gaulkan bahan sentiasa supaya tak lekat di kuali. Proses ini makan masa lebih kurang 3 jam.
2. Renehkan sehingga daging lembut.Sebelum bahan kering, masukkan kerisik. Gaulkan dan balikkan sehingga bahan2 agak kering dan keluar minyak. Tutup api. Rendang sudah boleh dimakan.
3. Ulang panaskan daging setengah jam atau lebih setiap hari selama 2 hari lagi. Selepas proses ini rendang akan tahan lama sehingga sebulan jika dipanaskan pagi dan petang.Rendang ini boleh dikeringkan menjadi serunding daging.

selamat mencuba.
Nota: Guna gula kabung atau gula melaka bukan gula pasir. Gula kabung ini akan menyebabkan rasa rendang lebih bagus dan lebih tahan lama.

No comments:

Post a Comment