Monday, January 31, 2011

RENDANG TOK

Tengahari ini bonda tak tahu nak masak apa untuk dihidangkan untuk si teruna tersayang ni. Bila diselongkar perti sejuk rupanya ada lagi daging yang dibeli 2 hari lepas dan bila ditanya pada anak teruna ini "adik nak makan apa dik"? Pantas dia menjawab " ibu masak rendang tok, nanti adik dekat sekolah tak dapat makan". Kesian bonda lihat anak teruna bungsu Bonda takut kempunan, bonda pun tak sampai hati p ke market dan membelikan keperluan untuk memasak "RENDANG TOK". Jom kita sama-sama berkongsi resepi


Bahan kisar:

200g bawang merah (10-15 ulas)
satu labu bawang putih (8-10 ulas)
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
6 batang serai (ambil 4 inci dari pangkal)
(hiriskan semua bahan dan kisar)

Bahan-bahan utama dan rencah:

1-2kg daging lembu di hiris setebal 1x2 inci (lebih kurang)
150g Rempah rendang tok
[Beli rempah dari gerai no.1 di Pasar Kuala Kangsar, minta rempah untuk sekilo harganya RM2.50]
3-4 liter santan (3 biji kelapa)
3 sudu kerisik (dari 1/2 biji kelapa)
100g gula kabung (anggaran)
2-3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
5-7 kuntum bunga cengkih
Garam secukup rasa (2 sudu)

Cara membuatnya:

1. Rebus/panaskan semua bahan kecuali kerisik. Guna api sederhana dan masukkan santan sepenuh kuali. Bila bahan mengering dan menyusut, masukkan santan lagi sehingga habis semua santan. Kacau dan gaulkan bahan sentiasa supaya tak lekat di kuali. Proses ini makan masa lebih kurang 3 jam.
2. Renehkan sehingga daging lembut.Sebelum bahan kering, masukkan kerisik. Gaulkan dan balikkan sehingga bahan2 agak kering dan keluar minyak. Tutup api. Rendang sudah boleh dimakan.
3. Ulang panaskan daging setengah jam atau lebih setiap hari selama 2 hari lagi. Selepas proses ini rendang akan tahan lama sehingga sebulan jika dipanaskan pagi dan petang.Rendang ini boleh dikeringkan menjadi serunding daging.

selamat mencuba.
Nota: Guna gula kabung atau gula melaka bukan gula pasir. Gula kabung ini akan menyebabkan rasa rendang lebih bagus dan lebih tahan lama.

KUIH PAU

Akak ni dah lama teringin nak makan kuih Pau. Hari tu pergi Jusco belilah Pau. Mak oi, mahalnya Rm2.00 seketul. Akak ni fobia nak buat pau sebabnya selalu tak menjadi. Sebelum kukus nampak ok naiknya tapi setelah dikukus,jadi kecut dan berkedut-kedut kulitnya. Tak tahulah apa sebabnya. Mungkin pakai tepung gandum , tak cukup uli atau tak letak serbuk penaik agaknya. Dipendekkan cerita, akak pun ronda-ronda dalam internet dan terjumpalah satu resipi pau yang agak berlainan sedikit resepinya dari biasa. Jadi akak cubalah resipi tu dan alhamdulillah, menjadi. Baru kali inilah resipi pau ku menjadi lembut dan kenyal. Anak-anak semua puji pau ni sedap. Intinya akak letak inti kaya (beli siap) dan inti kacang merah (buat sendiri). 2 hari makan pau ni, siap bawak bekal pergi kerja lagi. Istimewanya pau ni boleh dipanaskan semula bila dah sejuk. Ia akan lembut semula.

Antara petua-petua membuat pau ini ialah :
1. Gunakan tepung pau kerana lebih putih .Pau akan jadi lembut dan kenyal.
2. Setelah diadun menjadi doh hendaklah diuli dengan tangan selama 15 minit hingga doh lembut. Jika guna mesin lebih baik.
3. Rehatkan doh selama lebihkurang 45 minit agar ia naik 3 x ganda.
4. Tumbuk doh bagi keluarkan angin dan boleh dicanai.
5. Setelah diisikan inti, rehatkan lagi doh 20 minit hingga ia naik 2 x ganda.
6. Air hendaklah mendidih baru masukkan pau.
7. Boleh gunakan pengukus aluminium atau pengukus buluh.
8. Pau yang telah dibentuk disusun dalam dulang kecil yang muat dimasukkan dalam pengukus.
9. Lapik penutup kukus dengan kain nipis agar air tak menitik.
10. Kukus pau selama 15 minit dengan api besar.
11. Simpan pau yang telah sejuk dalam bekas bertutup agar tidak kering.
12. Pau yang telah sejuk boleh dikukus semula dan menjadi lembut semula.

NASI LEMAK KUKUS

Bahan-bahan
3 cawan beras wangi
1 cawan santan pekat dibubuh garam
2 helai daun pandan
1 labu bawang besar dihiris
1/4 ini ci halia dihiris (jika suka untuk menaikkan aroma)
sedikit halba (jika suka)

Nasi dikukus beralaskan daun pisang untuk membangkitkan lagi aroma

Cara Masak
1. Beras dibasuh terlebih dahulu sebelum direndam 8 hingga 10 jam. Kemudian ditos.
2. Taburkan bawang, halia halba dan daun pandan pada beras.
3. Kukus beras selama 30 – 40 minit.
4. Setelah beras masak menjadi nasi (agak keras sedikit), gaulkan dengan santan rata-rata ketika nasi masih panas (teknik arung).
5. Kukus semula anggaran 20-30 minit. (Jika nasi agak keras sedikit renjis-renjiskan air dan kemudian kukus semula).
6. Nasi lemak kukus yang dimasak, agak keras sedikit daripada nasi yang ditanak, berderai dan tekstur berasnya cantik.
Perhatikan nasi yang berderai dan tidak melekat-lekat satu sama lain. Inilah bentuk sebenar nasi lemak kukus.

KUIH BAKAR

Salam untuk semua, dah beberapa hari teragak nak makan kuih bakar. Bukan tak boleh beli, tapi saja je nak buat, lagi pun nak membuatnya bukan lah payah bebeno, kata mamafami sepatah "masuk semua sekali then putaq, peh tu bakar!"..tu dia pakar yang cakap, bukan mat...hehehe. Rasanya dah pernah buat dulu, resipi dari "Jo'....rindu lah nak menjelajah blog dia (laa ni dia dah berehat dari ber"blog").... Rasanya tak manis sangat, kuih dia pun just nice tak keras dan tak terlalu lembut (pastikan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong!!!). Bijan atas dia tu lagi lah menambah keharuman dan ke"lemak"kan kuih bakar....Jomm ramai2 kita semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
3 biji telur gred A
600 ml santan
250 ml jus pandan (kisar 4 -5 helai daun pandan dengan 200 ml air, perah dan tambah air untuk mendapatkan 250 ml)
Sedikit pewarna hijau
1 cawan gula
1/2 camca teh garam
2 camca besar minyak sapi, dicairkan (resipi asal guna mentega)
Bijan secukupnya untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 200C. Lenser tin (4 x 8 x 3) inci dengan mentega, alas dengan aluminiun foil dan lenser juga aluminium foil tadi. Biar berlebih sikit dibahagian kanan dan kiri tin, supaya senang nak keluarkan kuih bila masak nanti. Ketepikan.
Satukan semua bahan2 di atas kecuali bijan, dan kacau dengan whisk hingga larut dan halus atau masukkan dalam blender dan kisar halus. Tapis adunan dan ketepikan.
Panaskan tin dalam ketuhar selamat 5 minit. Berhati2 keluarkan tin dan curah no. 2 ke dalam tin dan bakar kembali. Lepas 10 minit, keluarkan kuih tadi dan tabur bijan rata2.
Sambung membakar selama 40 - 50 minit lagi hingga permukaan kuih keperangan dan sedikit berkerak. Bila masak, longgarkan tepi kek dengan pisau dan biar sejuk sepenuhnya dalam tin. Potong dan hidangkan....
CATATAN MAT GEBU :- Lepas mat bakar dalam 55 minit, permukaan kuih masih kurang perang, walau pun sudah kekuningan. Apa mat buat, ialah tukar api oven kepada fungsi grill dan bakar 10 minit lagi (bagi yang mempunyai oven fungsi grill). Kuih ni kan kalau berkerak lagi sedap..... Selamat mencuba!!!